Saya melihat kelas baru saya, " alamak hampir semua saya tidak kenal, macam mana kalau tidak ada seorang pun yang mahu jadi rakan saya ? " Cepat-cepat saya mendapatkan tempat, akhirnya dapat juga tempat dengan harapan dapat kawan baru yang ramai . Tiba-tiba seorang gadis duduk disebelah saya, saya melihat mukanya dan berasa seperti saya mengenali gadis ini . " Oh ya , nama dia adalah Mary, dia pernah satu kelas dengan saya ketika kami berumur 7tahun, adakah dia masih ingat kepada saya ?? " Dia memandang ke arah saya dan senyum , ketika itu saya tahu yang dia masih ingat kepada saya, saya berasa sangat gembira, saya yakin dia ini akan menjadi rakan saya. Rakan yang rapat dengan saya semua berada di kelas ketiga, dan hanya saya seorang sesat dikelas kedua, memang gembira mendapat kelas kedua kerana kelas kedua adalah natara kelas tinggi di sekolah tersebut, tetapi masalah untuk mencari rakan baru sangat sukar, dan begitu juga dengan saingan dalam pendidikan.